Friday, March 6, 2009

MUZIUM TUN HUSSEIN ONN


Muzium Tun Hussein Onn telah dirasmikan pada 26hb Jun 1998 oleh Y.B. Datuk Hishamudin Tun Hussein Onn. Pihak Maktab telah mengabadikan nama Allayarham Tun Hussein Onn kerana beliau merupakan bekas penuntut Maktab yang berjaya menjadi Perdana Menteri.
Sebagai sebuah sekolah premier tentulah banyak khazanah Maktab ini yang perlu diketahui dan dikongsi bersama.
Muzium Tun Hussein Onn ini menjadi tumpuan kunjungan ramai dari semua peringkat umur. Ini selaras dengan matlamat penubuhan muzium sebagai tempat memelihara warisan sejarah serta menjadi sumber rujukan dan pembelajaran.
Sebagai sebuah Muzium yang telah terpilih sebagai "Bench Mark" peringkat Kebangsaan, pihak muzium sering mempelbagaikan aktiviti terutama menukar dan menambah ruang pameran untuk sentiasa menghidupkan suasana muzium.
Pihak muzium bersedia memberl, khidmat nasihat dan bantuan bagi sekolah-sekolah yang ingin membentuk galeri atau muzium. Malah kurator muzium juga bersedia memberikan ceramah kepada pihak yang berminat dari segi penubuhan awal muzium.
Selain dari muzium sejarah, Maktab juga mempunyai muzium Sains, Serangga dan Burung. Pelbagai jenis peralatan sains yang lama serta pernah digunakan oleh pelajar dan masih disimpan sebagai rujukan generasi hari Ini. Begitu juga dengan Muzium Serangga dan Muzium Burung dengan pelbagai spesis yang menarik.
Muzium Tun Hussein Onn dapat memainkan peranan sebagai pusat menyimpan maklumat sejarah sekolah, pelajar dan negara. Setiap bahan dan koleksi yang dimiliki merupakan warisan berzaman pihak sekolah, basil carian dan sumbangan individu yang sayang akan sekolah. Sokongan padu pihak pengurusan sekolah memudahkan pihak muzium merealisasikan matlamat, objektif serta pelbagai aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment