Sunday, March 29, 2009

Koleksi Syiling Lama


Koleksi Majalah EC

Koleksi majalah tahunan maktab ini merupakan sebahagiannya sumbangan dai bekas pelajar dan unit penerbitan maktab

Amanat Prof DiRaja Ungku Aziz

Amanat ini hanya boleh dibuka pada sambutan 100 Tahun English College

Saturday, March 28, 2009

KOLEKSI UNIT PENDIDIKAN KHAS

Jika dahulu untuk membuat simpanan kekal maka kepingan aluminium digunakan untuk membuat salinan braille.
Mesin Braille ciptaan manusia kreatif David Abraham. Tidak pernah diubah dari paten asal sehingga sekarang. Sudah lebih 50 tahun mencurah jasa kepada golongan cacat penglihatan. Apa yang menarik tentang penciptanya, David merupakan seorang Tukang Kayu sekolah orang buta di Mass. US




Ini merupakan Kit Menulis paling eksklusif kerana hanya ada 2 unit sahaja di Malaysia dan ditempatkan di Muzium EC atas kerjasama SKPK Princess Elizabeth. Kit ini ialah 'Stand B' dan ia pernah digunakan di Bratain 120 tahun yang lepas













Slade and Stylus dan Geometry Board.






Slade and stylus yang di bawah kecil ini merupakan alat menulis braille yang digunakan oleh golongan yang tidak mampu untuk memiliki mesin braille 120 tahun lepad di England. Walaupun ia merupakan kit menulis yang kecil tetapi besar kepentinggannya kepada golongan cacat penglihatan













Geometry Board ini merupakan alat untuk membuat kiraan cos, cosinus dan tangen. Alatan ini tidak ada lagi di pasaran kerana digantikan dengan kalkulator bersuara.















Koleksi Peralatan Sains

Projektor dan Jam Randik




Berbagai jenis neraca yang pernah digunakan oleh cendekiawan yang perna belajar di EC





Neraca untuk menimbang.







Koleksi Eksklusif

Ini merupakan koleksi peribadi Keluarga En. Muhamad Khairul Anuar. Apa yang menarik ialah Pemerah Santan yang kelihata di dalam gambar ini dibuat menggunakan tangan dari kayu 'leban' dan diwarisi dari nenek sebelah ibu. Manakala pasu pula merupakan kolehsi dari ibu. Dulang buatan China yang berwarna hijau itu pula adalah koleksi dari nenek sebelah ibu. Terdapat juga sebuah lesung tembus yang menjadi simbul kegigihan bangsa Bugis di seantero dunia

Friday, March 6, 2009

SUDUT DI DALAM MUZIUM


Jubah Maktab

SUDUT DI DALAM MUZIUM

Koleksi Plak-Plak Hadiah Kejohanan Sukan

SUDUT DI DALAM MUZIUM

Foto-foto Kapten MSAB



SUDUT DI DALAM MUZIUM


Sudut Kenangan...
Mempamerkan foto-foto Pengetua yang pernah menaburkan jasa sepanjang penubuhan MSAB

SUDUT DI DALAM MUZIUM

Sudut Braille-
Mempamerkan peralatan yang pernah digunakan oleh para pelajar Cacat Penglihatan
sudut ini telah diusahakan oleh En Muhamad Khairul Anuar hasil kerjasama SKPK Princess Elizabeth

English College telah menerima pelajar-pelajar Cacat Penglihatan pada 1967 seramai 2 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 orang pelajar tingkatan 1. Pembelajaran secara inklusif diperkenalkan dan hingga kini telah ramai pelajar cacat penglihatan dari seluruh negara telah mendapat manafaat dari program yang dijalankan di Maktab Sultan Abu Bakar.


SUDUT DI DALAM MUZIUM

Koleksi Gambar dan Rekod Kedatangan Tunku Mahkota Johor

Koleksi Tunku Mahkota Johor


Sudut Koleksi DiRaja
Mempamerkan gambar-gambar keluarga DiRaja Johor








SUDUT DI DALAM MUZIUM


Selamat Datang...

Ruang Pameran DiRaja-




Mempamerkan Buku Daftar Kedatangan Kerabat DiRaja Johor









MUZIUM TUN HUSSEIN ONN


Muzium Tun Hussein Onn telah dirasmikan pada 26hb Jun 1998 oleh Y.B. Datuk Hishamudin Tun Hussein Onn. Pihak Maktab telah mengabadikan nama Allayarham Tun Hussein Onn kerana beliau merupakan bekas penuntut Maktab yang berjaya menjadi Perdana Menteri.
Sebagai sebuah sekolah premier tentulah banyak khazanah Maktab ini yang perlu diketahui dan dikongsi bersama.
Muzium Tun Hussein Onn ini menjadi tumpuan kunjungan ramai dari semua peringkat umur. Ini selaras dengan matlamat penubuhan muzium sebagai tempat memelihara warisan sejarah serta menjadi sumber rujukan dan pembelajaran.
Sebagai sebuah Muzium yang telah terpilih sebagai "Bench Mark" peringkat Kebangsaan, pihak muzium sering mempelbagaikan aktiviti terutama menukar dan menambah ruang pameran untuk sentiasa menghidupkan suasana muzium.
Pihak muzium bersedia memberl, khidmat nasihat dan bantuan bagi sekolah-sekolah yang ingin membentuk galeri atau muzium. Malah kurator muzium juga bersedia memberikan ceramah kepada pihak yang berminat dari segi penubuhan awal muzium.
Selain dari muzium sejarah, Maktab juga mempunyai muzium Sains, Serangga dan Burung. Pelbagai jenis peralatan sains yang lama serta pernah digunakan oleh pelajar dan masih disimpan sebagai rujukan generasi hari Ini. Begitu juga dengan Muzium Serangga dan Muzium Burung dengan pelbagai spesis yang menarik.
Muzium Tun Hussein Onn dapat memainkan peranan sebagai pusat menyimpan maklumat sejarah sekolah, pelajar dan negara. Setiap bahan dan koleksi yang dimiliki merupakan warisan berzaman pihak sekolah, basil carian dan sumbangan individu yang sayang akan sekolah. Sokongan padu pihak pengurusan sekolah memudahkan pihak muzium merealisasikan matlamat, objektif serta pelbagai aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa.

Lambang Maktab


FALSAFAH MSAB

Sentiasa Menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta merealisasikan wawasan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan Insan yang ilmu pengetahuan, berwatak, jati diri serta tinggi budi pekertinya ke arah pemimpin negara yang berjaya pada masa hadapan



VISI MSAB
MSAB (EC) Gemilang Tahun 2010
MISI MSAB
Mencapai kegemilangan dalam akademik dan kokurikulum
Mempunyai tahap disiplin dan moral yang tinggi
Menjadi 'e-school'
Mencapai tahap 'asrama lima bintang'
Mencapai tahap pengurusan pejabat yang berkesan
Mempunyai persekitaran yang bersih, ceria/dan sejahtara
MOTTO MSAB
Usaha Dan Jasa
(Labore Et Honore)
Membawa Maksud pelajar-pelajar maktab yang telah berusaha mencari ilmu pengetahuan akan berjasa kepada masyarakat apabila mereka keluar dari maktab
OBJEKTIF MSAB
Kecemerlangan Akademik
Kecemerlangan Kokurikulum
Kecemerlangan Tatasusila








Sejarah Penubuhan


MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
English College (EC) ditubuhkan pada 21 Mac 1914. Pelajar pertamanya terdiri dari 21 pelajar terpilih dari Sekolah Bukit Zahrah. Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya ditempatkan berdekatan dengan Istana Sungai Chat dan berhadapan dengan Pantai Lido. Bekas tapak sekolah ini masih boleh diperhatikan sehingga sekarang. Seramai 21 orang pelajar ditempatkan di EC dibawah tunjuk ajar dua orang guru yang dibawa khas dari England, iaitu Mr. Morrison and Mr. Holman. 21 orang pelajar ini boleh dianggap sebagai pengasas atau permulaaan untuk EC berkembang menjadi institusi pendidikan Inggeris di Johor Bahru.

Sistem Pendidikan yang dibawa oleh EC adalah berdasarkan kepada sukatan matapelajaran yang diamalkan oleh pihak British. EC menjadi model dan medium kepada beberapa sekolah Inggeris selepas itu di sekitar Johor. Sekolah itu pada permulaannya membawa guru-guru import daripada Eropah dengan jumlah yang tidak ramai. Kemudian pentadbiran EC membawa masuk dan melatih guru-guru tempatan untuk mengajar beberapa subjek yang berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu.

Selepas tamat Perang Dunia I pada tahun 1918, EC buat pertama kali mengadakan peperiksaan Junior Cambridge. Selepas itu diikuti pula oleh peperiksaan Senior Cambridge. Bagaimana pun disebabkan kurangnya galakan daripada pihak British dan beberapa masalah teknikal yang lain, EC gagal mencapai sasaran dalam kedua-dua peperiksaan tersebut di mana pelajar-pelajarnya mendapat markah yang amat rendah. Disebabkan masalah ini, sekolah ini ditutup buat sementara waktu pada tahun 1928. EC kemudiannyan dibuka semula kepada umum pada bulan Mei tahun yang sama, selepas beberapa tindakan susulan yang dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah. Pada akhir tahun 1928, EC berjaya mencapai sasarannya apabila 143 pelajarnya terpilih dalam pengkhususan dalam matapelajaran Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.

Pada akhir tahun 1930, lokasi sekolah ini berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Tapak sekolah yang asal hanya meninggalkan batu-batu blok dan sebuah tangga untuk pergi ke batu-batu blok tersebut, dan kesannya boleh dilihat sehingga sekarang. EC yang baru secara rasminya dibuka pada tahun awal tahun 1931. Selepas itu, EC dilihat sebagai sebuah sekolah yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang untuk beberapa tahun. Kebanyakan pelajar-pelajarnya selepas itu memberi banyak sumbangan kepada pembangunan negeri Johor dan usaha untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. Salah dua daripada pelajarnya yang termasyhur ialah Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Tan Sri Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Penjajahan Jepun dari tahun 1941 hingga ke 1945 melihatkan EC bertukar wajah dari sebuah sekolah menjadi markas tentera, kilang, hospital tentera dan tempat penyeksaan dan pembunuhan tahanan-tahanan Jepun. Pada awal tahun 1946, sekolah ini dibuka semula selepas tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Perlantikan Mr. H. L. Hill, sebagai Guru Besar EC, membawa harapan kepada sekolah tersebut dan di bawah pimpinannya, EC berjaya kembali ke landasannya menjadi sebuah sekolah terkenal semula.

Pada tahun 1960, nama EC ditukar selepas tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu kepada 'Maktab Sultan Abu Bakar' (MSAB) sempena mengambil nama Bapa Pembangunan Negeri Johor, iaitu Sultan Abu Bakar yang memodenisasikan pentadbiran kerajaan negeri Johor. MSAB Mengambil lebih banyak guru-guru tempatan untuk mengajar di sekolah tersebut. Pada tahun 1961, lencana dan pakaian seragam sekolah telah diperkenalkan pada kali pertama. Ini diikuti pula dengan lagu sekolah yang liriknya ditulis oleh En. Yusof Bin Karto dan muziknya dicipta oleh En. Lim Teck Siang.

Tiga dekad selepas itu memperlihatkan kawasan sekolah diperbesarkan. Dana sekolah yang dilancarkan pada tahun 1973 memperlihatkan pembinaan bangunan kompleks sukan dan perpustakaan. MSAB meraikan Jubli Intan pada tahun 1974 dan telah menjemput Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga bekas pelajar EC untuk merayakan Jubli Intan.

Pada tahun 1980an dan 1990an sekolah ini masih diperbesarkan dan menambah kemudahan-kemudahannya bagi kegunaan pelajar-pelajarnya sesuai dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu unutk menambah kemudahan-kemudahan serta pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)