Wednesday, December 9, 2009

satu kajian keberkesanan penggunaan rajah timbul dalam pemahaman sesuatu konsep matematik di kalangan murid-murid bermasalah penglihatankajian ini adalah berbentuk kajian tindakan. responden diberi satu ujian pos untuk melihat tahap pencapaian murid menjawab soalan. satu cadangan untuk mengatasi kelemahan yang dikenalpasti dijalankan ke atas responden selama sebulan. ujian pos diberikan selepas cadangan dijalankan. responden kajian adalah seramai lima orang murid tahun empat di SKPK Princess Elizabeth johor bahru. kelima-lima mereka adalah kategori sepenuhnya. markah pencapaian ujian pra dan ujian pos di analisis dan dibuat perbandingan. dapatan kajian menunjukkan pengajaran menggunakan rajah timbul dalam pemahaman sesuatu konsep matematik dikalangan murid-murid bermasalah penglihatan amat berkesan dan perlu diteruskan oleh guru-guru lain

Sunday, March 29, 2009

Koleksi Syiling Lama


Koleksi Majalah EC

Koleksi majalah tahunan maktab ini merupakan sebahagiannya sumbangan dai bekas pelajar dan unit penerbitan maktab

Amanat Prof DiRaja Ungku Aziz

Amanat ini hanya boleh dibuka pada sambutan 100 Tahun English College

Saturday, March 28, 2009

KOLEKSI UNIT PENDIDIKAN KHAS

Jika dahulu untuk membuat simpanan kekal maka kepingan aluminium digunakan untuk membuat salinan braille.
Mesin Braille ciptaan manusia kreatif David Abraham. Tidak pernah diubah dari paten asal sehingga sekarang. Sudah lebih 50 tahun mencurah jasa kepada golongan cacat penglihatan. Apa yang menarik tentang penciptanya, David merupakan seorang Tukang Kayu sekolah orang buta di Mass. US




Ini merupakan Kit Menulis paling eksklusif kerana hanya ada 2 unit sahaja di Malaysia dan ditempatkan di Muzium EC atas kerjasama SKPK Princess Elizabeth. Kit ini ialah 'Stand B' dan ia pernah digunakan di Bratain 120 tahun yang lepas













Slade and Stylus dan Geometry Board.






Slade and stylus yang di bawah kecil ini merupakan alat menulis braille yang digunakan oleh golongan yang tidak mampu untuk memiliki mesin braille 120 tahun lepad di England. Walaupun ia merupakan kit menulis yang kecil tetapi besar kepentinggannya kepada golongan cacat penglihatan













Geometry Board ini merupakan alat untuk membuat kiraan cos, cosinus dan tangen. Alatan ini tidak ada lagi di pasaran kerana digantikan dengan kalkulator bersuara.















Koleksi Peralatan Sains

Projektor dan Jam Randik




Berbagai jenis neraca yang pernah digunakan oleh cendekiawan yang perna belajar di EC





Neraca untuk menimbang.







Koleksi Eksklusif

Ini merupakan koleksi peribadi Keluarga En. Muhamad Khairul Anuar. Apa yang menarik ialah Pemerah Santan yang kelihata di dalam gambar ini dibuat menggunakan tangan dari kayu 'leban' dan diwarisi dari nenek sebelah ibu. Manakala pasu pula merupakan kolehsi dari ibu. Dulang buatan China yang berwarna hijau itu pula adalah koleksi dari nenek sebelah ibu. Terdapat juga sebuah lesung tembus yang menjadi simbul kegigihan bangsa Bugis di seantero dunia